Total Pageviews

Tuesday, December 20, 2011

Kim Jong-II meninggal Dunia

                                                      Kim Jong-II 



SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-II meninggal dunia pada usia 69 tahun akibat serangan jantung lapor media tempatan semalam, meletakkan negara miskin yang dilengkapi senjata nuklear itu dalam keadaan tidak menentu.

Mendiang dilaporkan meninggal dunia pada pukul 8.30 pagi Sabtu, ketika menaiki keretapi dalam satu lawatan rasmi beliau, kata agensi berita Korean Central (KCNA).

Kate Middleton dinobat wanita paling sopan

                                                         Kate Middleton 



WASHINGTON: Isteri pewaris takhta Britain, Catherine Middleton atau The Duchess of Cambridge dinobatkan sebagai individu paling sopan oleh sebuah program etika dan latihan sosial. 

Wanita berusia 29 tahun itu mengungguli senarai etika tahunan National League of Junior Cotillions (NLJC) bagi Individu Paling Sopan 2011. Pengarah NLJC, Elizabeth Anne Winters, berkata senarai itu turut meletakkan pelakon, selebriti, penyanyi dan atlit berdasarkan kepada cara mereka menampilkan keperibadian, penghormatan dan sikap hormat,” lapor majalah Us.

Winters berkata, Kate dipuji kerana keyakinan diri dan kemuliaan ketika membawa diri yang menjadi perhatian umum. 

Justin Bieber menduduki tempat kedua dalam senarai dan Paula Abdul di tempat ketiga turut mendapat pujian kerana tingkah laku mereka tahun ini manakala Taylor Swift di tempat ke lima dan Emma Watson yang membintangi Harry Potter berada di tempat kesembilan. – Agensi 

Dijangka hidup 12 jam, kini sudah 105 tahun


                                                                        Lillie Arnold

SOMERSET: Seorang pesasara semalam meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke 105 meskipun hanya diberikan tempoh 12 jam untuk hidup ketika dilahirkan pada 1906.Namun, Lillie Arnold tidak menyambut pencapaian menakjubkan itu dengan meminum arak memandangkan dia mencapai usia itu kerana dia tidak pernah menyentuh minuman keras.

Dan pesara berkenaan mempunyai satu mesej kepada doktor yang hampir putus asa merawatnya ketika dia baru dilahirkan: “Lihatlah saya sekarang!” Lillie yang kini menetap di Institut Kebangsaan Diraja untuk Orang Buta di Burnham-on-Sea, Somerset berkata: “Saya dilahirkan kembar. Malangnya, adik saya meninggal dunia.“Saya begitu lemah. Doktor hanya memberi masa setengah hari untuk hidup. Saya sering tertanya-tanya apa yang akan difikirkan doktor itu apabila melihat saya sekarang.” Lillie berjaya mengatasi pendapat perubatan untuk mencapai usia emas dan masih kuat, meneruskan kehidupan selama 199,800 jam selepas dikatakan hanya akan hidup selama 12 jam pada 1906.

Dia berjaya mencapai usia setua itu dengan menjalani kehidupan secara sihat dan menghirup udara segar tepi laut.

Dia yang pernah menetap di London, berpindah ke Portsmouth sebelum menetap di Burnham-on-Sea. - Agensi

Tuesday, November 8, 2011

Lelaki Memasukkan Ular Ke Dalam Hidung

                                        Lelaki memasukkan ular ke dalam hidung 


Jiangxi China - Seorang lelaki dari China, Liu Fei yang berusia 52 tahun melakukan aksi ngeri dengan memasukkan ular yang masih hidup ke dalam hidungnya.Aksi-aksi seperti ini adalah kerjaya dan punca untuk mencari rezeki Liu Fei sejak dulu lagi.

Tujuh Keanehan Muammar Gadaffi

Muammar Gaddafi  yang telah  memerintah Libya selama 42 tahun kini tinggal sejarah setelah tumpas di tangan pemberontak.Namun mungkin ramai di antara kita yang tidak tahu beberapa faktah yang agak pelik mengenai Muammar Gaddafi.

                                               Pelik mengenai Muammar Gaddafi

Laman web ABCNews.com menyenaraikan tujuh keanehan utama yang dilakukan oleh arwah Gaddafi.

Khemah kalis peluru
Ketika berada di Tripoli, Gaddafi tinggal dalam kubu dilengkapi dengan rangkaian sistem terowong untuk menyelamatkan diri.Apabila berkunjung ke luar negara, tokoh berdarah Badwi itu membawa bersamanya khemah untuk dipasang di tempat difikirkan sesuai.Disebabkan set khemah kalis peluru itu terlalu berat, ia terpaksa diangkut menggunakan pesawat berasingan yang mengiringi ke mana saja Gaddafi pergi.Untuk menghidupkan suasana padang pasir, dia juga menambat seekor dua unta di luar khemahnya.

Pengawal anak dara
Nampaknya pengawal ini tiada ketika mereka sangat diperlukan apabila Gaddafi ditangkap kelmarin, tetapi biasanya tokoh itu dikelilingi 40 anggota terlatih sepanjang masa.Digelar sebagai Amazon, pengawal wanita itu dilaporkan semuanya masih dara dan mereka berikrar mempertahankannya sebelum menyertai pasukan berkenaan.Dilatih di sebuah pusat latihan wanita, pengawal terbabit dipilih sendiri oleh Gaddafi dan mengenakan mekap, kasut but bertumit tinggi.

Jururawat seksi
Selama sedekad, seorang jururawat Ukraine, Galyna Kolotnytska, sering dilihat berada di sisi Gaddafi.Digambarkan sebagai mempunyai bentuk badan mengghairahkan, Galyna didakwa seorang daripada pembantu paling dipercayai Gaddafi dan dipercayai menjalin hubungan romantik dengan diktator terbabit.Sejumlah jururawat Ukraine turut berkhidmat untuk Gaddafi dan mereka memanggilnya dengan gelaran “papa” atau “daddy”.

Jatuh hati kepada Condoleezza Rice
Pada 2007, Gaddafi menggelar bekas Setiausaha Negara AS itu sebagai “wanita kulit hitam Afrika yang dikasihi.”Ketika Condoleezza melawat Tripoli pada 2008, Gaddafi memberikan pelbagai hadiah bernilai AS$200,000 (RM629,880), termasuk cincin.Bagaimanapun, minatnya kepada wanita itu hanya terbongkar selepas pemberontak menawan Tripoli. Antara barangan yang ditemui di situ, satu album mengandungi puluhan gambar Condoleezza.

Takut menaiki pesawat dan lif
Antara alasan Gaddafi gemar membawa bersamanya khemah jika ke tempat lain adalah kerana bimbang terpaksa menggunakan lif untuk menginap di hotel.Melalui kabel diplomatik yang bocor, Gaddafi juga tidak suka berada di tempat tinggi dan enggan terbang lebih dari lapan jam.Jika perlu menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Gaddafi akan singgah bermalam di Portugal.Had maksimum anak tangga yang mahu dinaikinya hanyalah 35 langkah.

Berfoya-foya
Pada 2010, satu daripada aktiviti masa lapang Gaddafi didedahkan melalui laporan pendakwa Itali yang menyiasat salah laku Perdana Menteri Silvio Berlusconi.Menurut laporan, pelacur berusia 17 tahun yang dilanggan Berlusconi, Karima el-Magroug, mendakwa Perdana Menteri Itali itu mengaku “menggunakan formula Gaddafi” ketika mereka berfoya-foya.

Pakaian aneh
Ketika pemimpin negara berbaris untuk bergambar bersama, amat mudah mengenali Gaddafi kerana pemilihan pakaiannya yang berbeza daripada yang lain.Biasanya, Gaddafi mengenakan pakaian khas yang direka hasil gabungan di antara seragam tentera yang diubah suai dengan tradisi Badwi Afrika.