Total Pageviews

Friday, December 30, 2011

Hotel ais di Romania

                                                   Hotel ais di Romania

BUCHAREST, Romania - Sebuah hotel yang diperbuat daripada ais di kawasan pergunungan Fagaras menjadi tumpuan orang ramai dan para pengunjung.

Hotel Balea Lac itu cuba menawarkan 10 bilik yang mempunyai katil besar dengan suhu di antara -2 dan + 2 darjah Celsius pada harga AS$45.73 (RM145.19) setiap orang.
Para pelancong juga boleh makan di restoran dalam hotel itu.

Hotel itu dibina pada setiap tahun supaya ruang dalaman tidak kelihatan sama setiap kali musim sejuk.

Pekerja-pekerja tempatan memotong lapisan ais di kawasan pergunungan itu untuk digunakan bagi membina dinding hotel ais tersebut. - Agensi


Video pemuda Malaysia sentuh perasaan selebriti AS



KUALA LUMPUR, Malaysia - Satu klip video yang menunjukkan seorang rakyat Malaysia, Timothy Tiah melamar teman wanitanya telah memenangi hati ramai selebriti Amerika Syarikat (AS) termasuk hos rancangan pertandingan nyanyian American Idol, Ryan Seacrest dan penyanyi Christina Perri.

Seacrest memuji klip video berkenaan sebagai menyentuh perasaan manakala Perri, 27, yang popular dengan lagu Jar of Hearts mengaku ia membuatkan dia menangis.
"Saya menangis dan tersenyum pada masa yang sama!" kata Perri dalam komen di akaun Twitter miliknya.

Perri menyatakan bahawa dia menganggap lagunya, A Thousand Years yang digunakan dalam klip video berkenaan sebagai satu penghormatan buat dirinya.

Pujian dua selebriti itu membantu klip video berkenaan ditonton hampir empat juta kali dalam tempoh seminggu klip video itu dimuatkan di laman sosial termasuk YouTube sekali gus menjadikan Tiah dan kini tunangnya, Audrey Ooi, 26, sebagai contoh kepada pasangan kekasih di seluruh dunia.

Memiliki kerjaya sebagai usahawan Internet, Tiah yang berusia 27 tahun berkata, dia sebelum ini tidak berminat untuk berkahwin selepas banyak mendengar kisah keruntuhan rumah tangga rakan-rakannya.

"Namun, saya menyedari tiada gadis lain yang menawan hati saya seperti yang dilakukan Ooi. Tidak ada gadis lain yang saya pernah terfikir dalam pertimbangan untuk dikahwini," kata Tiah kelmarin.

Klip video berkenaan memainkan lagu balad popular Perri, A Thousand Years dan dirakam oleh sebuah syarikat pengurusan perkahwinan.

Video itu menunjukkan Tiah membuat kejutan semasa Ooi makan malam bersama dengan rakan-rakan di sebuah restoran Itali di Kuala Lumpur pada 30 November lalu.
Ia menunjukkan Tiah dengan gementar berjalan memasuki pintu berkaca restoran itu dam melambaikan tangan untuk mendapatkan perhatian Ooi di restoran.

Ooi kelihatan bingung semasa Tiah yang tersenyum memegang beberapa poster yang mengandungi mesej dan kini menjadi popular di online.Salah satu poster itu menyatakan: "Jika anda sukakannya, kenapa anda tidak menyarungkan sebentuk cincin."

Sebelum poster itu ditunjukkan, Tiah menunjukkan Ooi sekeping gambar watak animasi Puss in Bootsdengan mata seperti merayu dengan ayat: "Sudikah anda berkahwin dengan saya."Klip video lima minit itu berakhir dengan Tiah melutut dan menawarkan Ooi sebentuk cincin dan bunga.Ooi sebak dan menawarkan lamaran itu.Mereka berkenalan selama tiga tahun selepas bertemu pada majlis ulang tahun kelahiran Ooi.Pemilik-pemilik laman blog mula menyiarkan klip video berkenaan selepas Seacrest menghebahkannya di Facebook dan Twitter pada 23 Disember lalu. - Agensi
.

Wednesday, December 21, 2011

Kemalangan Bas Pelancong Brunei di Jalan Ranau-Tamparuli Sabah


                                     keadaan bas pelancong dari Brunei yang hilang kawalan

KEADAAN bas pelancong dari Brunei yang hilang kawalan dan terbalik sebelum merempuh pokok di Kilometer 8.9 Jalan Ranau-Tamparuli, berhampiran Kampung Kaporingan, Tamparuli,yang menyebabkan 6 orang warga Brunei terkorban.

Sebelum kemalangan bas yang membawa 22 penumpang perempuan dan 11 lelaki itu cuba memintas tiga kenderaan termasuk dua lori.

Namun, bas secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbalik lalu menggelongsor dan merempuh pokok,”penumpang bas adalah anggota rombongan kumpulan Muslimah Kampung Mulaut, Brunei.

Kilat kasut dapat RM476.52 sehari

                     GUSTAVO CARPIO mengilat kasut di Washington D.C pada 13 Disember lalu

WASHINGTON, Amerika Syarikat - Seorang imigran dari Peru, Gustavo Carpio memperoleh pendapatan sebanyak AS$150 (RM476.52) sehari dalam musim panas kerana mengilat kasut di depan kafe Starbuck di Washington D.C.

Dia juga boleh memperoleh pendapatan sebanyak AS$100 (RM317.68) sehari sepanjang musim sejuk.Carpio mengilat kasut di depan kedai Starbuck yang terletak beberapa blok bangunan dari White House.

Menurutnya, dalam tempoh dua tahun, pelanggannya meningkat dua kali ganda.
Seorang ahli perbankan, Bruce Neal kerap duduk di bangku Carpio yang mengenakan bayaran AS$7 (RM22.23) untuk mengilat sepasang kasut dan AS$10 (RM31.76) bagi but."Gus (Carpio) adalah yang terbaik (mengilat kasut)," kata Neal. – AFP

Tuesday, December 20, 2011

Majalah Playboy siar gambar bogel Lohan laris

                                                     Lindsay Lohan 

LOS ANGELES – Beberapa laporan menyatakan majalah bogel Playboy edisi Januari/Februari yang menampilkan gambar aktres Lindsay Lohan berbogel laris dijual.
Menurut laman hiburan TMZ, vendor-vendor majalah yang menyiarkan gambar Lohan itu telah membuat tempahan naskhah tambahan.

Satu sumber laman berkenaan menyatakan, beberapa bandar raya besar seperti New York dan Los Angeles yang pada kebiasaannya tidak membuat tambahan naskhah telah meminta bilangan majalah tersebut ditambah.

Menurut sumber dalaman, terdapat banyak peningkatan langganan dalam iPlayboy.com.
Semasa majalah itu dijual pada Jumaat lalu, ia dikatakan gagal untuk menarik minat pembeli.

Lohan beraksi seperti aktres terkenal yang telah meninggal dunia, Marilyn Monroe dalam majalah tersebut. – AGENSI


Putera Alwaleed beli saham Twitter

                                                                       Putera Alwaleed



DUBAI: Bilionair Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal, pelabur di beberapa syarikat utama dunia, membeli saham Twitter dengan harga AS$300 juta (RM900 juta)
Langkah itu membolehkannya bertapak dalam satu lagi industri media global.

Alwaleed, anak saudara Raja Abdullah yang disenaraikan dalam majalah Forbes sebagai orang ke-26 paling kaya di dunia dengan harta sebanyak AS$19.6 bilion (RM61 bilion), sebelum ini memiliki tujuh peratus saham dalam News Corp dan merancang untuk memulakan satu rangkaian berita kabel.Pembelian itu dianggap menarik kerana Twitter menjadi saluran komunikasi penting bagi penunjuk perasaan dalam revolusi Kebangkitan Arab sejak awal tahun ini yang turut mengancam Saudi.

Ancaman itu memaksa negara berkenaan melancarkan pakej belanjawan berjumlah AS$130 bilion (RM403 bilion) bagi menambat hati rakyatnya.

Twitter yang membenarkan orang ramai menghantar mesej 140 karektor atau Tweets, kepada kumpulan atau pengikut, adalah antara perkhidmatan rangkaian sosial paling popular di samping Facebook dan Zynga.Saham Twitter itu yang dibeli bersama oleh Alwaleed dan syarikat pelaburannya, Kingdom Holding dilakukan selepas rundingan selama beberapa bulan.

Bernhard Warner, pengasas syarikat penganalisis, Social Media Influence berkata: “Dunia Arab sudah tentu mengetahui nilai Twitter. Sejak setahun lalu, ia menjadi kuasa politik dan perubahan rejim. Tidak seorang pun di rantau itu yang berada dalam kedudukan berpengaruh yang tidak mengikut peningkatan kuasa Twitter.” - AP

Kim Jong-II meninggal Dunia

                                                      Kim Jong-II 



SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-II meninggal dunia pada usia 69 tahun akibat serangan jantung lapor media tempatan semalam, meletakkan negara miskin yang dilengkapi senjata nuklear itu dalam keadaan tidak menentu.

Mendiang dilaporkan meninggal dunia pada pukul 8.30 pagi Sabtu, ketika menaiki keretapi dalam satu lawatan rasmi beliau, kata agensi berita Korean Central (KCNA).

Kate Middleton dinobat wanita paling sopan

                                                         Kate Middleton 



WASHINGTON: Isteri pewaris takhta Britain, Catherine Middleton atau The Duchess of Cambridge dinobatkan sebagai individu paling sopan oleh sebuah program etika dan latihan sosial. 

Wanita berusia 29 tahun itu mengungguli senarai etika tahunan National League of Junior Cotillions (NLJC) bagi Individu Paling Sopan 2011. Pengarah NLJC, Elizabeth Anne Winters, berkata senarai itu turut meletakkan pelakon, selebriti, penyanyi dan atlit berdasarkan kepada cara mereka menampilkan keperibadian, penghormatan dan sikap hormat,” lapor majalah Us.

Winters berkata, Kate dipuji kerana keyakinan diri dan kemuliaan ketika membawa diri yang menjadi perhatian umum. 

Justin Bieber menduduki tempat kedua dalam senarai dan Paula Abdul di tempat ketiga turut mendapat pujian kerana tingkah laku mereka tahun ini manakala Taylor Swift di tempat ke lima dan Emma Watson yang membintangi Harry Potter berada di tempat kesembilan. – Agensi 

Dijangka hidup 12 jam, kini sudah 105 tahun


                                                                        Lillie Arnold

SOMERSET: Seorang pesasara semalam meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke 105 meskipun hanya diberikan tempoh 12 jam untuk hidup ketika dilahirkan pada 1906.Namun, Lillie Arnold tidak menyambut pencapaian menakjubkan itu dengan meminum arak memandangkan dia mencapai usia itu kerana dia tidak pernah menyentuh minuman keras.

Dan pesara berkenaan mempunyai satu mesej kepada doktor yang hampir putus asa merawatnya ketika dia baru dilahirkan: “Lihatlah saya sekarang!” Lillie yang kini menetap di Institut Kebangsaan Diraja untuk Orang Buta di Burnham-on-Sea, Somerset berkata: “Saya dilahirkan kembar. Malangnya, adik saya meninggal dunia.“Saya begitu lemah. Doktor hanya memberi masa setengah hari untuk hidup. Saya sering tertanya-tanya apa yang akan difikirkan doktor itu apabila melihat saya sekarang.” Lillie berjaya mengatasi pendapat perubatan untuk mencapai usia emas dan masih kuat, meneruskan kehidupan selama 199,800 jam selepas dikatakan hanya akan hidup selama 12 jam pada 1906.

Dia berjaya mencapai usia setua itu dengan menjalani kehidupan secara sihat dan menghirup udara segar tepi laut.

Dia yang pernah menetap di London, berpindah ke Portsmouth sebelum menetap di Burnham-on-Sea. - Agensi