Total Pageviews

Monday, September 26, 2011

Di antara pulau tercantik di Sabah

1. Pulau Sipadan


 Pulau yang terletak berhampiran bandar Samporna, Sabah ini adalah di antara pulau terindah di dunia dan popular dengan aktiviti selaman skuba. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh New 7 Wonders of Nature votes commitee, Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun 2009.  


2. Pulau Manukan


   Pulau Manukan terletak di Taman Negara Tunku Abdul Rahman  Kota Kinabalu Sabah hanya  mengambil masa kira-kira 20 minit dari jeti Jeselton Point.Laut jernih biru kehijauan dan terdapat banyak hidupan ikan dari pelbagai jenis adalah satu tarikan pulau ini ditambah pula oleh pemandangan pulau yang cantik.


3. Pulau Sapi 
  
      Pulau Sapi juga terletak di Taman Negara Tunku Abdul Rahman  Kota Kinabalu Sabah hanya mengambil masa lebih kurang 25 minit untuk pergi ke sana dari jeti Jeselton Point.Pulau ini terletak tidak jauh dari Pulau Manukan mempunyai tarikan yang lebih kurang sama seperti Pulau Manukan.


4. Pulau Penyu
  
Terletak di seberang Pulau Libaran, 40 kilometer dari Timur-Utara Sandakan dan berhampiran dengan Sempadan Malaysia dan Filipina, terdapat sekelompok pulau-pulau yang terdiri daripada tiga pulau kecil yang berhampiran iaitu Pulau Selingan, Pulau Gulisan dan Pulau Bakkungan Kecil. Pulau-pulau ini merupakan pulau-pulau yang paling utama di timur-selatan Asia di mana penyu-penyu mendarat dan bertelur di pantainya. Penyu-penyu ini biasanya bertelur pada waktu malam selepas pukul 8 malam bila air surut. Pada masa itu anda boleh menyaksikan penyu-penyu yang mendarat mengorek lubang di pantai dan bertelur ke dalamnya.


5. Pulau Mabul 
  
    Pulau Mabul terletak di Semporna Sabah.Terkenal kerana berhampiran dengan pulau Sipadan.Pulau kecil ini terdapat banyak batu karang dari pelbagai jenis,Di sini juga banyak hidupan eksotik seperti sotong kurita,cephalopods,udang gegarau,ketam,rumpai laut dan lain-lain lagi.
  

Tuesday, September 20, 2011

Lidah manusia paling panjang di dunia

 Chanel Tapper memiliki lidah paling panjang di dunia


    LOS ANGELES - Seorang pelajar di California, Amerika Syarikat memiliki lidah paling panjang di dunia dengan ukuran 9.75 sentimeter, lapor sebuah akhbar semalam.
Pelajar tersebut, Chanel Tapper diiktiraf dalam Guinness Book of World Records pada 2011 ekoran lidahnya yang luar biasa itu.
Menurutnya, dia menerima reaksi positif apabila lidahnya itu dijelirkan di depan orang ramai
"Mereka meminta saya melakukannya sekali lagi," katanya.
Chanel berkata, beberapa wanita menjerit apabila mereka melihat lidahnya. - Agensi

Sunday, September 18, 2011

Perang manusia dengan jerung

         
        Demi menyelamatkan seorang rakannya, Craig Clasen meluangkan masa selama lebih 2 jam bertarung bermatian-matian dengan seekor jerung harimau yang panjangnya dianggarkan 12 kaki. Kejadian berlaku secara tidak sengaja dimana Craig Clasen dan beberapa rakan fishermannya yang lain sedang mencari yellow fin tuna. Untuk pengetahuan saudara dan saudari sekalian, cara mereka menangkap yellow fin tuna adalah dengan cara tradisional. Dimana mereka akan menyelam dan menghunuskan tombak mereka kearah tuna-tuna yang sedang berenang riang. Jadi tatkala menombak dan berenang riang dengan ikan-ikan itulah, salah seorang rakan Craig Clasen iaitu Mclnnis tertinggal jauh dibelakang dan dengan tiba-tiba dia dikelilingi oleh beberapa ekor jerung harimau. Dan bermulalah detik-detik dimana manusia beraksi dengan jerung harimau. 



Friday, September 16, 2011

Selamat Menyambut Hari Malaysia


Semoga keamanan yang kita nikmati selama ini akan berkekalan hingga ke akhirnya..

Monday, September 12, 2011

Kayu Teras jadi rebutan



     
       Sejenis kayu dikenali sebagai teras gemungga didapati menjadi rebutan golongan kenamaan berstatus VIP serta artis tempatan bertujuan menjadikannya sebagai pelindung diri daripada terkena sihir mahupun kecederaan pada kulit secara tidak sengaja.

      Selain itu, kecenderungan perbuatan khianat masyarakat kini yang gemar menggunakan asid sebagai bahan melepaskan geram berbanding sihir yang biasanya dapat dipatahkan pengamal perubatan tradisional menyebabkan teras itu terus dicari individu tertentu, termasuk nama besar. Pelakon, penyanyi baru dan veteran, pengacara televisyen, ahli majlis perbandaran atau ahli dewan undangan negeri (Adun) antara individu yang mendapatkan kayu itu untuk kegunaan diri kerana dikatakan mampu menangkis ilmu pukau.

    Pengumpul teras gemungga, Sayuti Harun, 72, berkata setakat ini beberapa individu berstatus VIP dari dalam dan luar Terengganu menemuinya bagi mendapatkan teras itu untuk kegunaan sendiri. Menurutnya, dia tidak berniat menjual teras itu, namun ada antara mereka sanggup memberikannya sehingga RM2,000 bagi mendapatkan teras asli. - Sumber Berita Harian Online.

Terpaksa berbogel untuk pergi ke sekolah




      SUMBA TIMUR - Kita biasa mendengar murid- murid ke sekolah dengan berjalan kaki, tetapi lain halnya pula yang berlaku di Sumba Timur, Nusa Tenggara Timur apabila murid sekolah rendah di sini terpaksa mengharungi arus deras sungai semata -mata untuk menuntut ilmu. Itulah pemandangan biasa yang berlaku setiap pagi apabila kira -kira 20 murid Sekolah Rendah Inpres (SDI ) Maulumbi, Mukim Kanbera terpaksa berenang dalam keadaan telanjang bagi mengelakkan pakaian seragam dan buku sekolah mereka basah . Bukan sahaja perlu mengenepikan rasa malu, murid- murid berumur tujuh tahun hingga 15 tahun itu juga terpaksa menyeberangi arus deras Sungai Maulumbi yang turut dihuni buaya untuk pergi dan balik dari sekolah. Pelajar -pelajar itu terpaksa menanggalkan pakaian seragam sekolah dan kasut mereka bagi mengelakkan ia basah sebelum menyimpannya di dalam beg sandang yang turut diisi kelengkapan lain sekolah. Mereka bukan sahaja akan berada di dalam sungai untuk tempoh 10 minit, tetapi juga terpaksa berenang di tengah sungai yang agak dalam. Setelah tiba di seberang, mereka perlu memakai semula pakaian seragam dan kasut sekolah sebelum meneruskan perjalanan seperti biasa . Di tebing sungai , beberapa penjaga atau ibu bapa yang prihatin boleh dilihat menemani anak mereka, malah ada antaranya yang turut bersama menyeberangi sungai kerana bimbangkan keselamatan anak serta ancaman daripada buaya. " Setiap pagi saya akan hantar anak menyeberangi sungai untuk ke sekolah. Saya juga akan menjemputnya pada waktu petang . " Arus Sungai Maulumbi agak deras, buaya pula sering kali dilihat di sini. Saya bimbang akan keselamatan anak saya ," kata Erlin Konda Nguna , 23. Ibu muda itu berkata, murid- murid sekolah rendah yang tinggal di Sumba Timur juga terpaksa ponteng sesi persekolahan sekiranya banjir besar berlaku. " Memang ada sampan di sini , tetapi hanya ada sebuah dan tidak mampu memuatkan semua orang pada satu-satu masa ," katanya. - Agensi

Friday, September 9, 2011

Ketam rupa makhluk asing




     SOUTHSEA Hampshire Britain  – Seorang nelayan telah menangkap seekor ketam ganjil yang wajahnya mirip makhluk asing dalam filem Predator yang dibintangi pelakon Arnold Schwazenegger, lapor sebuah akhbar.
     Ketam itu kini ditempatkan di Akuarium Blue Reef di Southsea, Hampshire, Britain selepas haiwan tersebut diserahkan untuk tujuan dipamerkan kepada orang ramai.
     Haiwan tersebut turut dikenali sebagai ketam span dan ia boleh menyamar serta mengelak daripada dilihat menerusi pemandangan mata ketika haiwan tersebut berada di dasar laut. Ketam itu akan dipamerkan kepada orang ramai selepas ia selesai dikuarantin.
 

Friday, September 2, 2011

Peladang tembak haiwan ganjil


     Amerika Syarikat (AS) – Seorang peladang, Mark Cothren menembak mati seekor haiwan ganjil yang spesiesnya tidak dapat dikenal pasti, lapor beberapa buah akhbar.Cothren menembak mati haiwan tersebut pada 18 Disember lalu, kerana bimbang akan keselamatannya.Dia menembak haiwan itu selepas ia dilihat mendekati rumahnya.“Ia kelihatan ganjil menyebabkan saya memegang raifal dan menembaknya’kata Cothen.
Beberapa pihak membuat pelbagai teori dengan menyatakan haiwan itu kemungkinan rakun atau opossum.Namun, ada dakwaan yang menyatakan haiwan yang kelihatan seperti anjing itu merupakan chupacabra.Chupacabra merupakan haiwan lagenda di kawasan luar bandar yang suka menyerang kambing.
Misteri haiwan itu dijangka akan diketahui tidak lama lagi apabila Jabatan Perikanan dan Hidupan Liar Kentucky akan menguji  dengan asid deoksiribonukleik haiwan,bagi memastikan speciesnya.

Sotong Labu Gergasi



   
     Susunan labu yang membentuk imej sotong di Klaistow berhampiran Beelitz, timur laut Jerman . Lebih 100,000 labu daripada 400 jenis berbeza dipamerkan dalam pesta tersebut, sambil disaksikan oleh orang ramai yang mengunjungi pesta itu.