Total Pageviews

Friday, December 30, 2011

Hotel ais di Romania

                                                   Hotel ais di Romania

BUCHAREST, Romania - Sebuah hotel yang diperbuat daripada ais di kawasan pergunungan Fagaras menjadi tumpuan orang ramai dan para pengunjung.

Hotel Balea Lac itu cuba menawarkan 10 bilik yang mempunyai katil besar dengan suhu di antara -2 dan + 2 darjah Celsius pada harga AS$45.73 (RM145.19) setiap orang.
Para pelancong juga boleh makan di restoran dalam hotel itu.

Hotel itu dibina pada setiap tahun supaya ruang dalaman tidak kelihatan sama setiap kali musim sejuk.

Pekerja-pekerja tempatan memotong lapisan ais di kawasan pergunungan itu untuk digunakan bagi membina dinding hotel ais tersebut. - Agensi


Video pemuda Malaysia sentuh perasaan selebriti AS



KUALA LUMPUR, Malaysia - Satu klip video yang menunjukkan seorang rakyat Malaysia, Timothy Tiah melamar teman wanitanya telah memenangi hati ramai selebriti Amerika Syarikat (AS) termasuk hos rancangan pertandingan nyanyian American Idol, Ryan Seacrest dan penyanyi Christina Perri.

Seacrest memuji klip video berkenaan sebagai menyentuh perasaan manakala Perri, 27, yang popular dengan lagu Jar of Hearts mengaku ia membuatkan dia menangis.
"Saya menangis dan tersenyum pada masa yang sama!" kata Perri dalam komen di akaun Twitter miliknya.

Perri menyatakan bahawa dia menganggap lagunya, A Thousand Years yang digunakan dalam klip video berkenaan sebagai satu penghormatan buat dirinya.

Pujian dua selebriti itu membantu klip video berkenaan ditonton hampir empat juta kali dalam tempoh seminggu klip video itu dimuatkan di laman sosial termasuk YouTube sekali gus menjadikan Tiah dan kini tunangnya, Audrey Ooi, 26, sebagai contoh kepada pasangan kekasih di seluruh dunia.

Memiliki kerjaya sebagai usahawan Internet, Tiah yang berusia 27 tahun berkata, dia sebelum ini tidak berminat untuk berkahwin selepas banyak mendengar kisah keruntuhan rumah tangga rakan-rakannya.

"Namun, saya menyedari tiada gadis lain yang menawan hati saya seperti yang dilakukan Ooi. Tidak ada gadis lain yang saya pernah terfikir dalam pertimbangan untuk dikahwini," kata Tiah kelmarin.

Klip video berkenaan memainkan lagu balad popular Perri, A Thousand Years dan dirakam oleh sebuah syarikat pengurusan perkahwinan.

Video itu menunjukkan Tiah membuat kejutan semasa Ooi makan malam bersama dengan rakan-rakan di sebuah restoran Itali di Kuala Lumpur pada 30 November lalu.
Ia menunjukkan Tiah dengan gementar berjalan memasuki pintu berkaca restoran itu dam melambaikan tangan untuk mendapatkan perhatian Ooi di restoran.

Ooi kelihatan bingung semasa Tiah yang tersenyum memegang beberapa poster yang mengandungi mesej dan kini menjadi popular di online.Salah satu poster itu menyatakan: "Jika anda sukakannya, kenapa anda tidak menyarungkan sebentuk cincin."

Sebelum poster itu ditunjukkan, Tiah menunjukkan Ooi sekeping gambar watak animasi Puss in Bootsdengan mata seperti merayu dengan ayat: "Sudikah anda berkahwin dengan saya."Klip video lima minit itu berakhir dengan Tiah melutut dan menawarkan Ooi sebentuk cincin dan bunga.Ooi sebak dan menawarkan lamaran itu.Mereka berkenalan selama tiga tahun selepas bertemu pada majlis ulang tahun kelahiran Ooi.Pemilik-pemilik laman blog mula menyiarkan klip video berkenaan selepas Seacrest menghebahkannya di Facebook dan Twitter pada 23 Disember lalu. - Agensi
.

Wednesday, December 21, 2011

Kemalangan Bas Pelancong Brunei di Jalan Ranau-Tamparuli Sabah


                                     keadaan bas pelancong dari Brunei yang hilang kawalan

KEADAAN bas pelancong dari Brunei yang hilang kawalan dan terbalik sebelum merempuh pokok di Kilometer 8.9 Jalan Ranau-Tamparuli, berhampiran Kampung Kaporingan, Tamparuli,yang menyebabkan 6 orang warga Brunei terkorban.

Sebelum kemalangan bas yang membawa 22 penumpang perempuan dan 11 lelaki itu cuba memintas tiga kenderaan termasuk dua lori.

Namun, bas secara tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbalik lalu menggelongsor dan merempuh pokok,”penumpang bas adalah anggota rombongan kumpulan Muslimah Kampung Mulaut, Brunei.

Kilat kasut dapat RM476.52 sehari

                     GUSTAVO CARPIO mengilat kasut di Washington D.C pada 13 Disember lalu

WASHINGTON, Amerika Syarikat - Seorang imigran dari Peru, Gustavo Carpio memperoleh pendapatan sebanyak AS$150 (RM476.52) sehari dalam musim panas kerana mengilat kasut di depan kafe Starbuck di Washington D.C.

Dia juga boleh memperoleh pendapatan sebanyak AS$100 (RM317.68) sehari sepanjang musim sejuk.Carpio mengilat kasut di depan kedai Starbuck yang terletak beberapa blok bangunan dari White House.

Menurutnya, dalam tempoh dua tahun, pelanggannya meningkat dua kali ganda.
Seorang ahli perbankan, Bruce Neal kerap duduk di bangku Carpio yang mengenakan bayaran AS$7 (RM22.23) untuk mengilat sepasang kasut dan AS$10 (RM31.76) bagi but."Gus (Carpio) adalah yang terbaik (mengilat kasut)," kata Neal. – AFP

Tuesday, December 20, 2011

Majalah Playboy siar gambar bogel Lohan laris

                                                     Lindsay Lohan 

LOS ANGELES – Beberapa laporan menyatakan majalah bogel Playboy edisi Januari/Februari yang menampilkan gambar aktres Lindsay Lohan berbogel laris dijual.
Menurut laman hiburan TMZ, vendor-vendor majalah yang menyiarkan gambar Lohan itu telah membuat tempahan naskhah tambahan.

Satu sumber laman berkenaan menyatakan, beberapa bandar raya besar seperti New York dan Los Angeles yang pada kebiasaannya tidak membuat tambahan naskhah telah meminta bilangan majalah tersebut ditambah.

Menurut sumber dalaman, terdapat banyak peningkatan langganan dalam iPlayboy.com.
Semasa majalah itu dijual pada Jumaat lalu, ia dikatakan gagal untuk menarik minat pembeli.

Lohan beraksi seperti aktres terkenal yang telah meninggal dunia, Marilyn Monroe dalam majalah tersebut. – AGENSI


Putera Alwaleed beli saham Twitter

                                                                       Putera Alwaleed



DUBAI: Bilionair Arab Saudi, Putera Alwaleed bin Talal, pelabur di beberapa syarikat utama dunia, membeli saham Twitter dengan harga AS$300 juta (RM900 juta)
Langkah itu membolehkannya bertapak dalam satu lagi industri media global.

Alwaleed, anak saudara Raja Abdullah yang disenaraikan dalam majalah Forbes sebagai orang ke-26 paling kaya di dunia dengan harta sebanyak AS$19.6 bilion (RM61 bilion), sebelum ini memiliki tujuh peratus saham dalam News Corp dan merancang untuk memulakan satu rangkaian berita kabel.Pembelian itu dianggap menarik kerana Twitter menjadi saluran komunikasi penting bagi penunjuk perasaan dalam revolusi Kebangkitan Arab sejak awal tahun ini yang turut mengancam Saudi.

Ancaman itu memaksa negara berkenaan melancarkan pakej belanjawan berjumlah AS$130 bilion (RM403 bilion) bagi menambat hati rakyatnya.

Twitter yang membenarkan orang ramai menghantar mesej 140 karektor atau Tweets, kepada kumpulan atau pengikut, adalah antara perkhidmatan rangkaian sosial paling popular di samping Facebook dan Zynga.Saham Twitter itu yang dibeli bersama oleh Alwaleed dan syarikat pelaburannya, Kingdom Holding dilakukan selepas rundingan selama beberapa bulan.

Bernhard Warner, pengasas syarikat penganalisis, Social Media Influence berkata: “Dunia Arab sudah tentu mengetahui nilai Twitter. Sejak setahun lalu, ia menjadi kuasa politik dan perubahan rejim. Tidak seorang pun di rantau itu yang berada dalam kedudukan berpengaruh yang tidak mengikut peningkatan kuasa Twitter.” - AP

Kim Jong-II meninggal Dunia

                                                      Kim Jong-II 



SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-II meninggal dunia pada usia 69 tahun akibat serangan jantung lapor media tempatan semalam, meletakkan negara miskin yang dilengkapi senjata nuklear itu dalam keadaan tidak menentu.

Mendiang dilaporkan meninggal dunia pada pukul 8.30 pagi Sabtu, ketika menaiki keretapi dalam satu lawatan rasmi beliau, kata agensi berita Korean Central (KCNA).

Kate Middleton dinobat wanita paling sopan

                                                         Kate Middleton 



WASHINGTON: Isteri pewaris takhta Britain, Catherine Middleton atau The Duchess of Cambridge dinobatkan sebagai individu paling sopan oleh sebuah program etika dan latihan sosial. 

Wanita berusia 29 tahun itu mengungguli senarai etika tahunan National League of Junior Cotillions (NLJC) bagi Individu Paling Sopan 2011. Pengarah NLJC, Elizabeth Anne Winters, berkata senarai itu turut meletakkan pelakon, selebriti, penyanyi dan atlit berdasarkan kepada cara mereka menampilkan keperibadian, penghormatan dan sikap hormat,” lapor majalah Us.

Winters berkata, Kate dipuji kerana keyakinan diri dan kemuliaan ketika membawa diri yang menjadi perhatian umum. 

Justin Bieber menduduki tempat kedua dalam senarai dan Paula Abdul di tempat ketiga turut mendapat pujian kerana tingkah laku mereka tahun ini manakala Taylor Swift di tempat ke lima dan Emma Watson yang membintangi Harry Potter berada di tempat kesembilan. – Agensi 

Dijangka hidup 12 jam, kini sudah 105 tahun


                                                                        Lillie Arnold

SOMERSET: Seorang pesasara semalam meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke 105 meskipun hanya diberikan tempoh 12 jam untuk hidup ketika dilahirkan pada 1906.Namun, Lillie Arnold tidak menyambut pencapaian menakjubkan itu dengan meminum arak memandangkan dia mencapai usia itu kerana dia tidak pernah menyentuh minuman keras.

Dan pesara berkenaan mempunyai satu mesej kepada doktor yang hampir putus asa merawatnya ketika dia baru dilahirkan: “Lihatlah saya sekarang!” Lillie yang kini menetap di Institut Kebangsaan Diraja untuk Orang Buta di Burnham-on-Sea, Somerset berkata: “Saya dilahirkan kembar. Malangnya, adik saya meninggal dunia.“Saya begitu lemah. Doktor hanya memberi masa setengah hari untuk hidup. Saya sering tertanya-tanya apa yang akan difikirkan doktor itu apabila melihat saya sekarang.” Lillie berjaya mengatasi pendapat perubatan untuk mencapai usia emas dan masih kuat, meneruskan kehidupan selama 199,800 jam selepas dikatakan hanya akan hidup selama 12 jam pada 1906.

Dia berjaya mencapai usia setua itu dengan menjalani kehidupan secara sihat dan menghirup udara segar tepi laut.

Dia yang pernah menetap di London, berpindah ke Portsmouth sebelum menetap di Burnham-on-Sea. - Agensi

Tuesday, November 8, 2011

Lelaki Memasukkan Ular Ke Dalam Hidung

                                        Lelaki memasukkan ular ke dalam hidung 


Jiangxi China - Seorang lelaki dari China, Liu Fei yang berusia 52 tahun melakukan aksi ngeri dengan memasukkan ular yang masih hidup ke dalam hidungnya.Aksi-aksi seperti ini adalah kerjaya dan punca untuk mencari rezeki Liu Fei sejak dulu lagi.

Tujuh Keanehan Muammar Gadaffi

Muammar Gaddafi  yang telah  memerintah Libya selama 42 tahun kini tinggal sejarah setelah tumpas di tangan pemberontak.Namun mungkin ramai di antara kita yang tidak tahu beberapa faktah yang agak pelik mengenai Muammar Gaddafi.

                                               Pelik mengenai Muammar Gaddafi

Laman web ABCNews.com menyenaraikan tujuh keanehan utama yang dilakukan oleh arwah Gaddafi.

Khemah kalis peluru
Ketika berada di Tripoli, Gaddafi tinggal dalam kubu dilengkapi dengan rangkaian sistem terowong untuk menyelamatkan diri.Apabila berkunjung ke luar negara, tokoh berdarah Badwi itu membawa bersamanya khemah untuk dipasang di tempat difikirkan sesuai.Disebabkan set khemah kalis peluru itu terlalu berat, ia terpaksa diangkut menggunakan pesawat berasingan yang mengiringi ke mana saja Gaddafi pergi.Untuk menghidupkan suasana padang pasir, dia juga menambat seekor dua unta di luar khemahnya.

Pengawal anak dara
Nampaknya pengawal ini tiada ketika mereka sangat diperlukan apabila Gaddafi ditangkap kelmarin, tetapi biasanya tokoh itu dikelilingi 40 anggota terlatih sepanjang masa.Digelar sebagai Amazon, pengawal wanita itu dilaporkan semuanya masih dara dan mereka berikrar mempertahankannya sebelum menyertai pasukan berkenaan.Dilatih di sebuah pusat latihan wanita, pengawal terbabit dipilih sendiri oleh Gaddafi dan mengenakan mekap, kasut but bertumit tinggi.

Jururawat seksi
Selama sedekad, seorang jururawat Ukraine, Galyna Kolotnytska, sering dilihat berada di sisi Gaddafi.Digambarkan sebagai mempunyai bentuk badan mengghairahkan, Galyna didakwa seorang daripada pembantu paling dipercayai Gaddafi dan dipercayai menjalin hubungan romantik dengan diktator terbabit.Sejumlah jururawat Ukraine turut berkhidmat untuk Gaddafi dan mereka memanggilnya dengan gelaran “papa” atau “daddy”.

Jatuh hati kepada Condoleezza Rice
Pada 2007, Gaddafi menggelar bekas Setiausaha Negara AS itu sebagai “wanita kulit hitam Afrika yang dikasihi.”Ketika Condoleezza melawat Tripoli pada 2008, Gaddafi memberikan pelbagai hadiah bernilai AS$200,000 (RM629,880), termasuk cincin.Bagaimanapun, minatnya kepada wanita itu hanya terbongkar selepas pemberontak menawan Tripoli. Antara barangan yang ditemui di situ, satu album mengandungi puluhan gambar Condoleezza.

Takut menaiki pesawat dan lif
Antara alasan Gaddafi gemar membawa bersamanya khemah jika ke tempat lain adalah kerana bimbang terpaksa menggunakan lif untuk menginap di hotel.Melalui kabel diplomatik yang bocor, Gaddafi juga tidak suka berada di tempat tinggi dan enggan terbang lebih dari lapan jam.Jika perlu menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Gaddafi akan singgah bermalam di Portugal.Had maksimum anak tangga yang mahu dinaikinya hanyalah 35 langkah.

Berfoya-foya
Pada 2010, satu daripada aktiviti masa lapang Gaddafi didedahkan melalui laporan pendakwa Itali yang menyiasat salah laku Perdana Menteri Silvio Berlusconi.Menurut laporan, pelacur berusia 17 tahun yang dilanggan Berlusconi, Karima el-Magroug, mendakwa Perdana Menteri Itali itu mengaku “menggunakan formula Gaddafi” ketika mereka berfoya-foya.

Pakaian aneh
Ketika pemimpin negara berbaris untuk bergambar bersama, amat mudah mengenali Gaddafi kerana pemilihan pakaiannya yang berbeza daripada yang lain.Biasanya, Gaddafi mengenakan pakaian khas yang direka hasil gabungan di antara seragam tentera yang diubah suai dengan tradisi Badwi Afrika. 





Wednesday, October 12, 2011

Bapa Makan Anak Sendiri

  Baru-baru ini kita telah dikhabarkan oleh satu kejadian di mana seorang bapa telah meliwat anaknya yang baru berusia 23 hari,sungguh kejam dan keji kelakuan itu.Lain pula kejadian yang berlaku di Melbourne lagi dahsyat di mana seorang bapa telah memakan anaknya sendiri sehingga mati.

.                                         Ngeri bapa makan anak

   Warga dari sebuah kota Papua New Guinea mengatakan mereka telah menemui seorang lelaki yang disyaki seorang penagih dadah telah memakan anaknya sendiri yang baru lahir dalam sebuah ritual sihir.Penduduk di sekitar kota Tabubil itu terbangun akibat dari jeritan bayi yang menangis itu.Setelah penduduk mengetahui dia memakan anaknya sendiri sekumpulan penduduk telah mengamuk lalu mengejar lelaki tersebut sehingga ke balai polis di mana dia telah ditahan di sana.Walau bagamanapun pihak polis melaporkan gagal untuk menyelamatkan bayi tersebut.Penduduk di sekitar kawasan tersebut mengatakan lelaki itu telah melakukan upacara ritual sihir untuk meningkatkan ilmu sihirnya.

Saturday, October 8, 2011

Tahu Tak Bapa Steve Jobs Seorang Muslim

Tahu tak ada fakta menarik mengenai latar belakang Steve Jobs

       Siapa yang tak kenal Steve Jobs sudah pasti kita semua mengenalinya pengasas Apple Inc.Namun ada fakta yang tidak diketahui ramai.Bapa sebenar kepada mendiang Steve Jobs sebenarnya adalah seorang Muslim yang bernama Abdulfattah John Jandali yang berketurunan Syiria dan kemudian berhijrah ke Amerika Syarikat.Steve Jobs dilahirkan sebagai anak luar nikah oleh ibunya Joanne Schieble namun disebabkan malu melahirkan anak luar nikah dan memalukan keluarganya Steve Jobs telah diberikan kepada keluarga angkat pasangan Paul dan Clara Jobs.Ketika dibesarkan oleh keluarga ini Steve tidak pernah berhubung dengan bapa kandungnya.Pada ogos lalu Jandali mengaku ingin bertemu dengan anaknya Steve namun malu kerana takut menganggap dia mengejar kekayaan Steve.Sebelum Steve meninggal 2 bulan kemudian.

Monday, October 3, 2011

CCTV Rakam Hantu

Imej hantu dalam bulatan

London - Seorang lelaki ,Andrew Dasilva memuat naik imej kelibat seorang gadis yang dipercayai sebagai hantu di youtube.Imej itu mendapat liputan di beberapa web di internet yang membincangkan mengenai samada ia adalah gambar sebenar yang tulen . Imej yang dirakam oleh cctv itu dirakamkan di sebuah kedai menjual telefon bimbit pada waktu malam.Dasilva memberitahu akhbar the Sun bahawa dia tidak percaya apa yang dilihatnya itu dan membuatkan dirinya terkejut.Kedai itu dibina di lokasi bekas sebuah rumah anak yatim yang dikenali anak yatim Yorkshire.Agensi


Monday, September 26, 2011

Di antara pulau tercantik di Sabah

1. Pulau Sipadan


 Pulau yang terletak berhampiran bandar Samporna, Sabah ini adalah di antara pulau terindah di dunia dan popular dengan aktiviti selaman skuba. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh New 7 Wonders of Nature votes commitee, Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun 2009.  


2. Pulau Manukan


   Pulau Manukan terletak di Taman Negara Tunku Abdul Rahman  Kota Kinabalu Sabah hanya  mengambil masa kira-kira 20 minit dari jeti Jeselton Point.Laut jernih biru kehijauan dan terdapat banyak hidupan ikan dari pelbagai jenis adalah satu tarikan pulau ini ditambah pula oleh pemandangan pulau yang cantik.


3. Pulau Sapi 
  
      Pulau Sapi juga terletak di Taman Negara Tunku Abdul Rahman  Kota Kinabalu Sabah hanya mengambil masa lebih kurang 25 minit untuk pergi ke sana dari jeti Jeselton Point.Pulau ini terletak tidak jauh dari Pulau Manukan mempunyai tarikan yang lebih kurang sama seperti Pulau Manukan.


4. Pulau Penyu
  
Terletak di seberang Pulau Libaran, 40 kilometer dari Timur-Utara Sandakan dan berhampiran dengan Sempadan Malaysia dan Filipina, terdapat sekelompok pulau-pulau yang terdiri daripada tiga pulau kecil yang berhampiran iaitu Pulau Selingan, Pulau Gulisan dan Pulau Bakkungan Kecil. Pulau-pulau ini merupakan pulau-pulau yang paling utama di timur-selatan Asia di mana penyu-penyu mendarat dan bertelur di pantainya. Penyu-penyu ini biasanya bertelur pada waktu malam selepas pukul 8 malam bila air surut. Pada masa itu anda boleh menyaksikan penyu-penyu yang mendarat mengorek lubang di pantai dan bertelur ke dalamnya.


5. Pulau Mabul 
  
    Pulau Mabul terletak di Semporna Sabah.Terkenal kerana berhampiran dengan pulau Sipadan.Pulau kecil ini terdapat banyak batu karang dari pelbagai jenis,Di sini juga banyak hidupan eksotik seperti sotong kurita,cephalopods,udang gegarau,ketam,rumpai laut dan lain-lain lagi.
  

Tuesday, September 20, 2011

Lidah manusia paling panjang di dunia

 Chanel Tapper memiliki lidah paling panjang di dunia


    LOS ANGELES - Seorang pelajar di California, Amerika Syarikat memiliki lidah paling panjang di dunia dengan ukuran 9.75 sentimeter, lapor sebuah akhbar semalam.
Pelajar tersebut, Chanel Tapper diiktiraf dalam Guinness Book of World Records pada 2011 ekoran lidahnya yang luar biasa itu.
Menurutnya, dia menerima reaksi positif apabila lidahnya itu dijelirkan di depan orang ramai
"Mereka meminta saya melakukannya sekali lagi," katanya.
Chanel berkata, beberapa wanita menjerit apabila mereka melihat lidahnya. - Agensi

Sunday, September 18, 2011

Perang manusia dengan jerung

         
        Demi menyelamatkan seorang rakannya, Craig Clasen meluangkan masa selama lebih 2 jam bertarung bermatian-matian dengan seekor jerung harimau yang panjangnya dianggarkan 12 kaki. Kejadian berlaku secara tidak sengaja dimana Craig Clasen dan beberapa rakan fishermannya yang lain sedang mencari yellow fin tuna. Untuk pengetahuan saudara dan saudari sekalian, cara mereka menangkap yellow fin tuna adalah dengan cara tradisional. Dimana mereka akan menyelam dan menghunuskan tombak mereka kearah tuna-tuna yang sedang berenang riang. Jadi tatkala menombak dan berenang riang dengan ikan-ikan itulah, salah seorang rakan Craig Clasen iaitu Mclnnis tertinggal jauh dibelakang dan dengan tiba-tiba dia dikelilingi oleh beberapa ekor jerung harimau. Dan bermulalah detik-detik dimana manusia beraksi dengan jerung harimau. 



Friday, September 16, 2011

Selamat Menyambut Hari Malaysia


Semoga keamanan yang kita nikmati selama ini akan berkekalan hingga ke akhirnya..

Monday, September 12, 2011

Kayu Teras jadi rebutan



     
       Sejenis kayu dikenali sebagai teras gemungga didapati menjadi rebutan golongan kenamaan berstatus VIP serta artis tempatan bertujuan menjadikannya sebagai pelindung diri daripada terkena sihir mahupun kecederaan pada kulit secara tidak sengaja.

      Selain itu, kecenderungan perbuatan khianat masyarakat kini yang gemar menggunakan asid sebagai bahan melepaskan geram berbanding sihir yang biasanya dapat dipatahkan pengamal perubatan tradisional menyebabkan teras itu terus dicari individu tertentu, termasuk nama besar. Pelakon, penyanyi baru dan veteran, pengacara televisyen, ahli majlis perbandaran atau ahli dewan undangan negeri (Adun) antara individu yang mendapatkan kayu itu untuk kegunaan diri kerana dikatakan mampu menangkis ilmu pukau.

    Pengumpul teras gemungga, Sayuti Harun, 72, berkata setakat ini beberapa individu berstatus VIP dari dalam dan luar Terengganu menemuinya bagi mendapatkan teras itu untuk kegunaan sendiri. Menurutnya, dia tidak berniat menjual teras itu, namun ada antara mereka sanggup memberikannya sehingga RM2,000 bagi mendapatkan teras asli. - Sumber Berita Harian Online.

Terpaksa berbogel untuk pergi ke sekolah




      SUMBA TIMUR - Kita biasa mendengar murid- murid ke sekolah dengan berjalan kaki, tetapi lain halnya pula yang berlaku di Sumba Timur, Nusa Tenggara Timur apabila murid sekolah rendah di sini terpaksa mengharungi arus deras sungai semata -mata untuk menuntut ilmu. Itulah pemandangan biasa yang berlaku setiap pagi apabila kira -kira 20 murid Sekolah Rendah Inpres (SDI ) Maulumbi, Mukim Kanbera terpaksa berenang dalam keadaan telanjang bagi mengelakkan pakaian seragam dan buku sekolah mereka basah . Bukan sahaja perlu mengenepikan rasa malu, murid- murid berumur tujuh tahun hingga 15 tahun itu juga terpaksa menyeberangi arus deras Sungai Maulumbi yang turut dihuni buaya untuk pergi dan balik dari sekolah. Pelajar -pelajar itu terpaksa menanggalkan pakaian seragam sekolah dan kasut mereka bagi mengelakkan ia basah sebelum menyimpannya di dalam beg sandang yang turut diisi kelengkapan lain sekolah. Mereka bukan sahaja akan berada di dalam sungai untuk tempoh 10 minit, tetapi juga terpaksa berenang di tengah sungai yang agak dalam. Setelah tiba di seberang, mereka perlu memakai semula pakaian seragam dan kasut sekolah sebelum meneruskan perjalanan seperti biasa . Di tebing sungai , beberapa penjaga atau ibu bapa yang prihatin boleh dilihat menemani anak mereka, malah ada antaranya yang turut bersama menyeberangi sungai kerana bimbangkan keselamatan anak serta ancaman daripada buaya. " Setiap pagi saya akan hantar anak menyeberangi sungai untuk ke sekolah. Saya juga akan menjemputnya pada waktu petang . " Arus Sungai Maulumbi agak deras, buaya pula sering kali dilihat di sini. Saya bimbang akan keselamatan anak saya ," kata Erlin Konda Nguna , 23. Ibu muda itu berkata, murid- murid sekolah rendah yang tinggal di Sumba Timur juga terpaksa ponteng sesi persekolahan sekiranya banjir besar berlaku. " Memang ada sampan di sini , tetapi hanya ada sebuah dan tidak mampu memuatkan semua orang pada satu-satu masa ," katanya. - Agensi

Friday, September 9, 2011

Ketam rupa makhluk asing




     SOUTHSEA Hampshire Britain  – Seorang nelayan telah menangkap seekor ketam ganjil yang wajahnya mirip makhluk asing dalam filem Predator yang dibintangi pelakon Arnold Schwazenegger, lapor sebuah akhbar.
     Ketam itu kini ditempatkan di Akuarium Blue Reef di Southsea, Hampshire, Britain selepas haiwan tersebut diserahkan untuk tujuan dipamerkan kepada orang ramai.
     Haiwan tersebut turut dikenali sebagai ketam span dan ia boleh menyamar serta mengelak daripada dilihat menerusi pemandangan mata ketika haiwan tersebut berada di dasar laut. Ketam itu akan dipamerkan kepada orang ramai selepas ia selesai dikuarantin.
 

Friday, September 2, 2011

Peladang tembak haiwan ganjil


     Amerika Syarikat (AS) – Seorang peladang, Mark Cothren menembak mati seekor haiwan ganjil yang spesiesnya tidak dapat dikenal pasti, lapor beberapa buah akhbar.Cothren menembak mati haiwan tersebut pada 18 Disember lalu, kerana bimbang akan keselamatannya.Dia menembak haiwan itu selepas ia dilihat mendekati rumahnya.“Ia kelihatan ganjil menyebabkan saya memegang raifal dan menembaknya’kata Cothen.
Beberapa pihak membuat pelbagai teori dengan menyatakan haiwan itu kemungkinan rakun atau opossum.Namun, ada dakwaan yang menyatakan haiwan yang kelihatan seperti anjing itu merupakan chupacabra.Chupacabra merupakan haiwan lagenda di kawasan luar bandar yang suka menyerang kambing.
Misteri haiwan itu dijangka akan diketahui tidak lama lagi apabila Jabatan Perikanan dan Hidupan Liar Kentucky akan menguji  dengan asid deoksiribonukleik haiwan,bagi memastikan speciesnya.

Sotong Labu Gergasi



   
     Susunan labu yang membentuk imej sotong di Klaistow berhampiran Beelitz, timur laut Jerman . Lebih 100,000 labu daripada 400 jenis berbeza dipamerkan dalam pesta tersebut, sambil disaksikan oleh orang ramai yang mengunjungi pesta itu.

Monday, August 29, 2011

Selamat Memyambut MerdekaRaya...







Selamat Menyambut MerdekaRaya Maaf Zahir & Batin ..Semoga kita dapat bersama-sama menikmati hari yang penuh makna ini.


Di antara Ikan-ikan paling ganas di dunia

1.Ikan Piranha


  Ikan Piranha adalah ikan kecil air tawar omnivor yang hidup dalam satu kumpulan berasal dari laut merah dan juga sungai-sungai dari Amerika Selatan.Mempunyai gigi yang sangat tajam untuk menggigit mangsanya,deria baunya pula menyamai ikan jerung,darah adalah kegemaran ikan ini.Ikan Piranha memburu bersama dan memakan hasil buruan bersama.Walaupun mempunyai bentuk badan yang kecil ikan ini sangat ganas di mana hanya mengambil masa kurang seminit untuk menghabiskan seekor burung bangau yang baru belajar terbang.


2. Angler fish



   Merupakan sejenis ikan yang tinggal di lautan dalam.Ikan ini dinamakan anglerfish(Ikan pancing) kerana caranya untuk menangkap mangsa yang unik menggunakan bahagian tubuhnya yang menonjol keluar dari kepalanya yang mirip mata kail pancing dan menyala seperti lampu untuk menarik perhatian mangsanya dan kemudian terus menelan mangsa di hadapan.Mempunyai mulut yang besar dan gigi panjang yang tajam membolehkan mangsanya mati dengan cepat sehinggakan mangsa yang lebih besar darinya boleh ditelan tanpa sebarang masalah.Ikan ini hanya boleh ditemui pada kedalaman 3000-6000 kaki dalam dasar laut.Ikan ini juga boleh membesar sehingga 2 kaki.     


3. Belut Moray


  
  Habitatnya di celah-celah batu dan juga batu karang,ikan karnivor ini boleh membesar sehingga 13 kaki panjang,ikan ini hanya akan menyerang untuk mempertahankan dirinya,kadang-kadang akan menyerang atau mengigit tangan manusia secara tidak sengaja yang disangkanya makanan,ikan ini akan menjadi ganas apabila diganggu giginya yang agak tajam boleh menyebabkan luka yang amat serius kepada mangsanya,ada beberapa jenis ikan ini yang terdapat racun pada kulitnya.   




4. Tiger fish


       
  Sangat sesuai dengan namanya, Tiger fish ini mempunya gigi tajam yang sangat sempurna untuk menggigit dan membaham mangsanya,ikan ini memang ganas dan sangat rakus ketika menyerang mangsanya ditambah pula oleh pergerakannya yang pantas membolehkan ia memburu mangsanya dengan mudah.Ikan ini boleh didapati di perairan air tawar Afrika.


5. Snakehead Fish(ikan kepala ular)


   Ikan ini boleh ditemui di kawasan Asia tenggara,beberapa kawasan di India dan Afrika.Ikan ini boleh membesar sehingga 3 kaki panjang.Selain itu ikan ini mempunyai mulut yang besar serta gigi yang tajam.Ada maklumat mangatakan ikan ini akan menyerang manusia sekiranya anak-anak diganggu.Ikan ini mempunyai paru-paru dan boleh bernafas ke udara serta boleh hidupdi kawasan tanah basah pada jangka masa yang agak lama atau pada satu musim.Ikan ini akan merangkak dari satu kolam ke satu kolam yang lain dengan menggunakan badan dan siripnya untuk mencari mangsa atau makanan.


6. Viper Fish






   Ikan ini juga hidup di dasar lautan dalam seperti ikan Angler atau Angler fish,pada waktu malam ikan ini akan berenang  mencari makanan pada sekitar kedalaman 700 kaki.Giginya yang agak tajam juga adalah merupakan senjata utama untuk menyerang mangsanya.Ikan ini boleh membesar sehingga 6 kaki panjang.


7. Fangtooth Fish(ikan bertaring)






  Ikan bertaring ini juga hidup di dasar lautan yang sangat dalam iaitu di kedalaman 5km dari permukaan laut.Wajahnya agak ngeri di mana giginya agak besar dan tajam.Meskipun ikan agak nampak ganas dan menakutkan ia terlalu kecil untuk melukai manusia.


8. Dragon Fish(Ikan naga)






   Ikan naga ini cukup terkenal kerana mempunyai mulut yang agak besar dan taring panjang yang agak menakutkan,saiz kepalanya meliputi saiz mulutnya yang diliputi oleh taring-taringnya yang agak tajam yang juga mengeluarkan cahaya seperti anglerfish bagi menarik perhatian mangsanya.


9. Gulper Eel (Belut Gulper)




  Ikan ini hidupdi lautan dalam sehingga ribuan kaki dalamnya,mempunyai mulut yang lebih besar dari badannya,ikan ini juga dikenali sebagai belut pelican,mulutnya  yang agak lentur membolehkannya membuka mulut dengan agak luas seterusnya membolehkan ia membaham mangsa yang lebih besar dari dirinya.Meskipun ikan ini mempunyai mulut yang agak besar namun gigitnya agak kecil.


10. Conger Eel(BelutConger)


  


   Ikan ini boleh membesar sehingga 10 kaki panjang mempunyai mulut lebar dan gigi yang kuat walaupun nampak seperti tidak ganas seperti ikan-ikan ganas yang lain ikan ikan ini masih diseneraikan salah satu ikan ganas kerana saiznya yang agak besar. 
                    

Sunday, August 28, 2011

Manusia tertinggi Dalam sejarah

Robert Wadlow 8` 11.1``
Mungkin ada di kalangan anda yang sudah mengenali Robert Wadlow dilahirkan pada tahun 1918 merupakan manusia tertingggi (8` 11.1``kaki)  dalam sejarah.Beliau juga dikenali sebagai Alton kerana berasal dari Alton Illinois.Pada saat kematiannya berat Alton 440paun tidak ada sebarang tanda yang menunjukkan tumbesarannya akan berhenti.Alton meninggal dunia ketika berumur 22 tahun.                                    

4 Orang Nenek Curi Rm1.49 juta

DETROIT, Amerika Syarikat (AS) - Polis memburu sekumpulan wanita yang memakai topi (Mad Hatters) mencuri kad kredit dan wang tunai yang dianggarkan berjumlah hampir AS$500,000 (RM1.49 juta) di Michigan, lapor sebuah akhbar semalam.

Kumpulan yang terdiri daripada wanita yang digelar nenek itu mencuri dompet dan beg duit mengandungi kad kredit yang kemudian digunakan untuk membiayai kos membeli-belah mereka.

Menurut polis, wanita itu melakukan perbuatan tersebut sejak hampir setahun lalu.
Seramai enam wanita dipercayai terlibat dalam aktiviti itu.

Menurut seorang pegawai polis, Leftenan Luke Riley kepada akhbar Detroit Free Press, wanita tersebut berusia pertengahan umur.

Rakaman kamera keselamatan merakamkan beberapa gambar wanita itu yang ada di antara mereka memakai topi berwarna biru, hitam dan putih. - Agensi